المجاهد والمجاهدة الإسلامية ~ Para Mujahid & Mujahidah Islam. ^_^

Nilailah Kecerdikanmu.


Orang Cerdik : Sesiapa yang bermuhasabah  dirinya dan beramal untuk ( menghadapi ) perkara selepas kematiannya . (#Orang yang benar benar cerdik akan meneliti setiap perkara dan sentiasa melihat kepada akibat daripada sesuatu perbuatan.#)

Orang Lemah : Sesiapa yang menjadikan dirinya mengikut hawa nafsu dan sentiasa berharap kepada Allah s.w.t. [ keampunanNya ] .

(Riwayat al-Tirmizi)



[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya. (Bahagian2)


Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan jalan sebab nanti bila kita dah kahwin , awak tak akan rasa BORING nak keluar dengan saya . Saya nak saat tu nanti jadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya . Lagi pun bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan ? Macam macam boleh terjadi kan ?

Saya tak nak gayut dengan awak malam malam bukan sebab saya nak save kredit ke apa tapi saya tak nak diri saya hanyut dengan suara merdu awak . Biarlah saya dengarnya pada malam pertama kita nanti agar saya akan lebih menghargainya .

Saya tak nak panggil awak "sayank" bukan sebab GELI tapi biarlah saya panggil awak "sayank" bila kita dah jadi suami isteri nanti agar awak dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan .

Saya sangat mencintai awak & saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri .

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata , " Terima kasih bakal suamiku . Aku amat mencintaimu . Ya Allah , satukanlah kami dalam ikatan yang sah ."

~TAMAT~

[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya. (Bahagian1)


Perempuan : Awak , kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang @ keluar jalan jalan macam pasangan lain ?

Lelaki : SAJA .

Perempuan : Saja ke @ awak malu nak keluar dengan saya ?

Lelaki : MANA ADA .

Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam malam macam pasangan lain ?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit .

Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenapa ye kawan saya panggil kekasihnya "sayank" tapi awak TAK PERNAH pun panggil saya "sayank" ?

Lelaki : GELILAH perkataan tu . Nak TERMUNTAH .

(Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat ayat kekasihnya . Beberapa minit kemudian , dia menerima satu mesej)

Bersambung...........
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].