المجاهد والمجاهدة الإسلامية ~ Para Mujahid & Mujahidah Islam. ^_^

Nilailah Kecerdikanmu.


Orang Cerdik : Sesiapa yang bermuhasabah  dirinya dan beramal untuk ( menghadapi ) perkara selepas kematiannya . (#Orang yang benar benar cerdik akan meneliti setiap perkara dan sentiasa melihat kepada akibat daripada sesuatu perbuatan.#)

Orang Lemah : Sesiapa yang menjadikan dirinya mengikut hawa nafsu dan sentiasa berharap kepada Allah s.w.t. [ keampunanNya ] .

(Riwayat al-Tirmizi)



[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya. (Bahagian2)


Lelaki : Saya tak pernah ajak awak keluar tengok wayang dengan jalan jalan sebab nanti bila kita dah kahwin , awak tak akan rasa BORING nak keluar dengan saya . Saya nak saat tu nanti jadi kenangan kita yang paling romantik dalam hidup saya . Lagi pun bukan ke tak elok kalau keluar berdua duaan ? Macam macam boleh terjadi kan ?

Saya tak nak gayut dengan awak malam malam bukan sebab saya nak save kredit ke apa tapi saya tak nak diri saya hanyut dengan suara merdu awak . Biarlah saya dengarnya pada malam pertama kita nanti agar saya akan lebih menghargainya .

Saya tak nak panggil awak "sayank" bukan sebab GELI tapi biarlah saya panggil awak "sayank" bila kita dah jadi suami isteri nanti agar awak dapat menjaga hati saya dari tergoda dengan hasutan syaitan .

Saya sangat mencintai awak & saya janji suatu hari nanti awak akan merasai apa yang orang lain rasa sekarang setelah kita sah menjadi suami isteri .

Perempuan : Sambil menangis terharu berkata , " Terima kasih bakal suamiku . Aku amat mencintaimu . Ya Allah , satukanlah kami dalam ikatan yang sah ."

~TAMAT~

[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Mesej seorang kekasih kepada kekasihnya. (Bahagian1)


Perempuan : Awak , kenapa awak tak pernah ajak saya tengok wayang @ keluar jalan jalan macam pasangan lain ?

Lelaki : SAJA .

Perempuan : Saja ke @ awak malu nak keluar dengan saya ?

Lelaki : MANA ADA .

Perempuan : Kenapa kita tak pernah gayut malam malam macam pasangan lain ?

Lelaki : Sebab saya nak jimat kredit .

Perempuan : Sampai hati awak kan? Kenapa ye kawan saya panggil kekasihnya "sayank" tapi awak TAK PERNAH pun panggil saya "sayank" ?

Lelaki : GELILAH perkataan tu . Nak TERMUNTAH .

(Perempuan tersebut terus merajuk selepas membaca ayat ayat kekasihnya . Beberapa minit kemudian , dia menerima satu mesej)

Bersambung...........
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Masa ialah ...


"Masa ialah suasana dan hari apabila kita diperintahkan oleh Allah untuk mentadbirnya dengan IMAN , AMAL SOLEH dan keBAIKan lainnya . Gunakan masa sebelum ia meninggalkan kamu .

(Imam al-Bukhari)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Marah ...


"Orang biasa akan marah apabila dikritik orang lain , manakala orang mulia memperbaiki diri daripada kritikan orang lain . (Hukama)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Doa memiliki ...


Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata Mukmin dan pembuka pintu rezeki . (Imam al-Ghazali)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Sebesar besar kesenangan di dunia dan akhirat...


"Ketahuilah bahawa sebesar besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain . Dan melupakan terus kesalahannya , nescaya Allah akan meninggikan darjatnya disisi manusia  ." (Imam al-Syafi'i)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Kata Kata Hamka


Ikhlas dan sejati akan bertemu dalam senyuman anak kecil , senyum yang sebenarnya senyum , senyum yang tidak disertai apa apa .

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun , sekalipun hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu . " (Riwayat Muslim)

Kelebihan senyuman :
"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah ." (Riwayat al-Tirmizi , Ibn Hibban , al-Baihaqi)

Seorang Sahabat Rasulullah ;
Abdullah bin Harith pernah menyatakan : "Tidak pernah aku melihat seorang yang lebih banyak tersenyum daripada RASULULLAH s.a.w. " (Riwayat al-Tirmizi)

[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Ilham Pujangga Rasa :


Hidup kita bukan sekadar menerima segala rasa daripada orang lain . Tetapi juga memberi segala rasa kepada orang lain untuk mendapatkan rasa dalam hidup . Bukankah "what we give , we get back ?"

Tepuk dada , cuba rasa ! :)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Sayidina Umar r.a. berkata ...


Sayidina Umar r.a. berkata :
  1. Sesiapa yang banyak tertawa , maka wibawanya sedikit .
  2. Sesiapa yang suka meremehkan orang , maka dia tentu akan diremehkan orang lain .
  3. Sesiapa yang memperbanyakkan sesuatu , maka dia akan dikenali dengan sesuatu itu.
  4. Sesiapa yang banyak bicara , tentu banyak pula dosanya .
  5. Sesiapa yang banyak dosa , maka tentu sedikit rasa malunya .
  6. Sesiapa yang sedikit rasa malunya , maka sedikit pula sifat waraknya .
  7. Sesiapa yang sedikit sifat waraknya , maka hatinya akan mati .

[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Tidak sewenangnya diterima ...


"Amalan yang dikerjakan dengan sahih , tidak sewenangnya diterima Allah melainkan jika ia dikerjakan dengan rasa takwa serta penuh kehambaan . Dengan hati yang takwa sahaja barulah amalan itu akan dinilai dan diterima oleh Allah s.w.t. "
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Sungguh aneh engkau wahai anak Adam ...


Allah s.w.t. berfirman : 
Sungguh aneh engkau wahai anak Adam . 
~Aku yang menciptakanmu , tetapi orang lain yang engkau sembah.
~Aku yang memberi rezeki kepadamu , tetapi orang lain yang engkau syukuri .
~Aku menampakkan cinta kepadamu dengan berbagai nikmat . Sedang Aku tidak memerlukanmu , tetapi engkau justeru menampakkan benci kepada-Ku . Dengan berbagai perlakuan maksiat sedang engkau memerlukan-Ku .
#Segala kebaikan-Ku turun kepadamu , tetapi keburukanmu naik kepada-Ku .

[Kanz al-Ummal no.43174 dan Faidh al-Qadir , jil.9 hlm.494]

[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Andai rasa ...


Andai rasa sedih , pandanglah langit . Ingatlah allah masih ada .
Andai rasa resah , renunglah dasar hati . Yakinlah Allah mencipta hati .
Andai rasa putus asa , lihatlah sungai yang tetap mengalir walau dihalang bebatu keras .
Andai rasa kecewa , lihatlah hakikat alam semesta , percayalah Allah Maha Berkuasa .
Andai rasa tersisih , lihatlah purnama di malam sepi . Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendirian .
Dan kalau segalanya tak pasti , serahkan pada yang Maha Mengetahui yang tersurat dan tersirat .

Moga ketabahan menjadi teman kita semua . Amin InsyaAllah . ^_^
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Surah al-Muddassir Ayat 2-5 , 7 M/S575


Berilah peringatan ...
Agungkanlah Tuhanmu...
Bersihkanlah pakaianmu...
Tinggalkanlah segala perbuatan yang keji... (Q.S. al-Muddassir : Ayat2-5 M/S575)

Dan kerana Tuhanmu , bersabarlah! (Q.S. al-Muddassir : Ayat7 M/S575)
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].


Apabila Da'ie tidak menjaga hatinya . Maka rosaklah dirinya . Terfitnahlah Islam kerananya dan runtuhlah dakwah di tangannya . Kejayaan dakwah bukanlah terletak pada kepandaian 1orang Da'ie berkata kata . Bukanlah pada kecantikan paras rupa . Bukan juga dengan aktif berpersatuan tapi terletak pada keikhlasan & kejernihan hatinya . Maka waspadailah hatimu selalu agar ia terselamat dari kekotoran nafsu yang menipu .
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].

Sebenarnya diri sendiri .


Sebenarnya setiap perkara yang berlaku dalam hidup anda , makna pada peristiwa tersebut terletak pada diri anda sendiri . :)
~PenyajakSinga~
[Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik].